(Artikel ini adalah pemahaman penulis daripada artikel yang ditulis dalam blog Indonesia http://semuasaudara.com)
Tiada sesiapa pun yang tahu secara pasti bila pertama kali emas dan nilainya diperkenalkan. Menurut sejarah, emas mula dikenali sejak manusia mula mempunyai tamadun. Sebagai sesuatu yang mempunyai nilai yang tinggi, emas mula dikenali pada masa kekuasaan di Eropah dan kemudian diikuti dengan pencarian oleh sejumlah penjelajah baru seperti Christoper Columbus dan Vasco da Gamma pada zahirnya memulakan zaman imperialisme.
Hakikatnya, emas telah digunakan sejak 40 ribu tahun sebelum Masihi dahulu. Sejumlah penduduk pendalaman sudah menggunakan emas untuk dijadikan sebagai alat budaya mereka khususnya kelengkapan spiritual kuno. Dalam sejarah penduduk Mesir Kuno (Circa) pada tahun 1932 sebelum Masihi, mereka mengebumikan Raja Tutankhamen di dalam peti emas seberat 2,500 paun. Raja Croesus dari Lydia (yang kini merupakan wilayah Turki) pada 560 tahun sebelum Masihi memerintahkan penghasilan syiling emas pertama dan peristiwa ini menunjukkan sejarah emas sebagai satu alat transaksi. Bangsa Romawi sendiri pada tahun 1950 sebelum Masihi mula menggunakan syiling emas sebagai alat traksaksi.
Sebagai komoditi perlombongan, emas mempunyai sejarah yang sangat panjang. Dijangka sejarah pelombongan emas sudah dimulakan sejak 2,000 hingga 5,000 tahun sebelum Masihi. Begitu panjang usia kegiatan perlombongan emas, sudah tentu juga ia mengalami banyak perubahan kaedah perlombongannya, dimulakan dengan cara perlombongan tradisional iaitu menggunakan air raksa. Kemudian menggunakan kaedah Sianida, flotasi dan heap leaching. Perlombongan emas terbesar pada masa kini adalah di Afrika Selatan, tetapi ini tidak bererti Afrika Selatan memiliki simpanan emas terbesar. Sesuai dengan sifatnya, emas memang tidak habis digunakan, berbeza dengan komoditi lain yang habis digunakan sehingga memungkinkan negara lain yang tidak memiliki lombong emas yang banyak tetapi memiliki simpanan emas yang terbesar. Hal ini dikaitkan dengan fungsi emas sebagai cadangan alat dan instrument kewangan serta pelaburan.
Emas Sebagai Wang
Emas dalam bentuk syiling sebagai wang telah dimulakan pada masa Raja Croesus dari Lydia (Turki) sekitar tahun 560 sebelum Masihi. Syiling emas juga digunakan sebagai wang pada masa Kerajaan Romawi pada zaman pemerintahan Julius Caesar. Lahirnya Islam yang telah dibawa dan disebarkan oleh Nabi Muhammad SAW telah memberikan perubahan yang ketara terhadap penggunaan emas sebagai mata wang (dinar) yang digunakan dalam aktiviti ekonomi dan perdagangan. Pada masa itu, telah ditetapkan berat standard dinar diukur dengan 22 karat emas atau sama dengan 4.25 gram (diameter 23 milimeter). Standard ini kemudiannya diakui oleh World Islamic Trading Organization (WITO) dan digunakan sehingga kini.
1 Syiling Dinar Emas = 4.25 gram Emas 22 Karat
Perkembangan perdagangan yang makin pesat memerlukan penggunakan medium pertukaran yang lebih fleksibel, ringan dan mudah dibawa tanpa mengurangkan nilainya. Hal ini mendorong penciptaan wang kertas ataupun dikenali wang fiat. Pada mulanya wang kertas yang dicetak harus disertai dengan penjaminan, jaminan atas wang kertas yang dicetak ini berdasarkan emas(cadangan Devisa Emas). Sebuah negara tidak boleh sembarangan mencetak wang kertas tanpa jaminan stok emas yang mencukupi. Inilah yang kemudiannya dikenali dengan Standard Emas dan momentum ini ditandakan dengan tandatangan dalam perjanjian Bretton Woods yang dianggotai oleh tidak kurang dari 44 negara.
Menurut perjanjian Bretton Wood, setiap negara yang menyandarkan mata wangnya terhadap mata wang USD dengan jaminan emas, iaitu USD 35 dijamin dengan 1 aun emas. Perjanjian atau standard emas ini berlanjutan selama 27 tahun hingga tahun 1971, di mana pada tahun 1971, pemerintah Amerika Syarikat yang sedang mengalami masalah ekonomi akibat daripada perang yang berlaku di Vietnam tidak mampu lagi untuk mempertahankan jaminan ke atas wang kertas dengan simpanan emas yang dimilikinya, akibat petukaran USD dengan emas yang banyak, mendorong pemerintah Amerika Syarikat memutuskan tiada lagi jaminan USD dengan emas. Sejak itu, mata wang kertas tidak lagi dijamin dengan emas tetapi ditentukan oleh kepercayaan yang dipegang oleh simpanan yang dimiliki oleh bank pusat negara masing-masing dan “supply-demand” ditentukan oleh keadaan ekonomi negara masing-masing.
Impak Penghapusan Standard Emas
Pada masa kini, ekonomi global sangat bergantung kepada Dollar Amerika. Ekonomi global terbentuk untuk menghasilkan produk dan khidmat yang semurah mungkin untuk digunakan oleh Amerika sebagai negara yang paling banyak menyerap hasil pengeluaran.
Dollar Amerika kemudian menjadi pengganti emas dan secara tidak langsung merupakan asas dari sistem kewangan global di seluruh dunia, segala sesuatu yang mempunyai nilai selalu diukur dan dibandingkan dengan Dollar, bukan lagi emas …
Keadaan ini membuatkan sesiapa yang menggunakan Dollar terpaksa mengikut kesan dari setiap pergerakan Dollar, termasuk menanggung hutang dan deficit bangsa Amerika. Ekonomi global makin bergantung pada ekonomi Amerika, sementara penduduk Amerika sendiri sekarang tergantung pada kejatuhan nilai Dollar. Memang sebelum Perang Vietnam, Amerika mempunyai posisi kewangan yang kukuh dan memegang lebih dari separuh simpanan dunia pada waktu itu. Pada waktu ini … situasi telah berubah. Amerika sangat bergantung kepada simpanan dari negara-negara lain untuk membiayai hutang dan deficit kewangan mereka. Lebih dari 60% pergerakan Dollar berada di luar Amerika dan sebahagian besar kepentingan pemerintah Amerika dimiliki oleh di negara asing – khususnya China dan Jepun.
Para peminat emas sangat yakin akan kejatuhan Dollar Amerika pada masa depan, bahkan mungkin tidak lama lagi. Jika nilai Dollar jatuh, maka mata wang kebanggaan Uncle Sam itu akan menjadi lembaran yang tidak berharga. Cuba kita lihat, pada tahun 2008, harga emas sudah berlegar-legar di paras USD1,000 per troy aun, Saat artikel ini ditulis (Mac 2009), harga emas telah mencapai USD 950 per troy aun. Bukankah ini menunjukkan kejatuhan Dollar telah semakin dekat?
Artikel penuh dalam Bahasa Indonesia boleh di baca di SINI.
No comments:
Post a Comment