Nasz Gold Trading adalah syarikat persendirian berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan Nombor Pendaftaran : IP0358780-T. Pemilik syarikat merupakan Agen Berdaftar di bawah Syarikat Goldcrest Pavilion Sdn Bhd. Kod Agen adalah AD2848.

Modul Perniagaan adalah menjual dan membeli barang kemas, jongkong dan koin emas dan perak.

OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Friday, June 3, 2011

MAYBANK GOLD INVESTMENT ACCOUNT (MGIA)

Salam sejahtera rakan-rakan emas yang dihormati.

Kali ini saya nak cerita sikit mengenai Maybank Gold Investment Account (MGIA) yang dahulunya dikenali dengan Gold Saving Passbook Account (GSPA).  Saya ada tulis dapat entry sebelum ini mengenai GSPA. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai GSPA, boleh klik link SINI.


Gambar buku akaun GSPA je ada, MGIA tak jumpa gambar tapi pernah nampak, ia warna hitam 

Apa yang beza GSPA dulu dengan MGIA sekarang?

GSPA dulu untuk buka akaun, minimum deposit gram yang diperlukan adalah 5 gram tapi MGIA sekarang nak buka akaun hanya perlu 1 gram sahaja.  Lebih mudah dan memberi peluang kepada orang yang kurang berkemampuan untuk melabur.

GSPA dulu untuk penambahan emas dalam buku akaun adalah sekurang-kurangnya 5 gram tapi MGIA sekarang hanya perlu 1 gram emas sahaja kalau nak tambah dalam buku akaun emas.  Senang dan boleh tambah sikit.  Pada masa yang sama untuk sebab harga emas sentiasa naik.

GSPA dulu kalau nak jual balik emas dalam buku akaun, minimum nak jual adalah 5 gram tapi MGIA sekarang kalau nak jual balik, 1 gram pun boleh.  Bila terdesak, boleh la jual tapi pastikan dah naik sama atau lebih dari harga yang kita beli dulu.  Kalau kurang, rugi la kita.

Siapa yang boleh mohon :

1. Individu berumur 18 tahun dan ke atas
2. Akaun bersama – maksimum 4 orang

Di sini saya tuliskan FAQ mengenai MGIA yang telah saya alih bahasa ke Bahasa Melayu:

1. Apakah amaun minima yang diperlukan untuk saya membuka akaun MGIA?
Amaun minima yang diperlukan untuk membuka akaun MGIA hanyalah 1 gram.

2. Apakah amaun penambahan/pengeluaran minima akaun MGIA?
Amaun penambahan/pengeluaran minima akaun MGIA adalah 1 gram.

3. Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuka akaun MGIA?
Sama seperti membuka akaun simpanan atau semasa, anda perlu membawa Kad Pengenalan untuk tujuan pengesahan.  Anda juga perlu mengisi borang-borang yang berkaitan apabila anda berada di cawangan Maybank.

4. Apakah pilihan yang saya ada sekiranya saya ingin melabur dalam MGIA?
Anda boleh melabur dalam MGIA dengan tunai atau kredit  terus ke dalam akaun semasa/simpanan Maybank anda.

5. Apakah pilihan yang saya ada sekiranya saya berhasrat untuk membuat pengeluaran dari MGIA saya?
Anda boleh membuat pengeluaran MGIA anda dan mempunyai pilihan bayaran dalam bentuk tunai atau kredit terus ke dalam akaun semasa/simpanan Maybank anda.

6. Mengapa keuntungan (interest) tidak dibayar untuk MGIA?
Apabila anda membeli emas melalui MGIA, pembelian ini akan direkod ke dalam buku akaun.  Bank sebenarnya menyimpan emas dengan selamat untuk anda, dan sebab itu, keuntungan (interest) tidak dibayar.

7. Adakah baki minima yang perlu saya simpan setiap masa?
Ya, anda mesti menyimpan baki minima sebanyak 1 gram setiap masa.

8. Apakah yang terjadi kepada Gold Saving Passbook Account (GSPA) sedia ada saya?
Tiada perubahan untuk GSPA sedia ada anda disebabkan MGIA adalah nama baru untuk GSPA dengan penambahbaikan.  Jika anda berhasrat untuk menukar buku akaun ke buku akaun MGIA, anda boleh berbuat demikian di mana-mana cawangan Maybank seluruh Malaysia.  Walaubagaimanapun, jika anda ingin menyimpan buku akaun GSPA tersebut, tiada masalah.

9. Adakah harga emas yang dinyatakan secara harian lebih baik daripada harga emas di kedai emas?
Harga emas yang dinyatakan secara harian akan berlandaskan kepada harga emas antarabangsa dan pastinya lebih baik daripada harga emas di kedai emas tanpa bayaran “upah pertukangan”.

10. Bilakah masa yang sesuai untuk membeli emas?
Masa yang dicadangkan adalah bila harga emas rendah.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, boleh lawat laman web Maybank - Klik Tab "Investment" - Klik "Maybank Gold Investment Account".

Harap post saya ini dapat membuka mata orang di luar sana tentang kebaikan melabur dalam emas.

Sesiapa yang ingin copy post ini, saya benarkan tapi harap dapat beri link ke sini semula.

Wassalam.