Nasz Gold Trading adalah syarikat persendirian berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan Nombor Pendaftaran : IP0358780-T. Pemilik syarikat merupakan Agen Berdaftar di bawah Syarikat Goldcrest Pavilion Sdn Bhd. Kod Agen adalah AD2848.

Modul Perniagaan adalah menjual dan membeli barang kemas, jongkong dan koin emas dan perak.

OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, September 23, 2010

PERAMPASAN EMAS : RISIKO SEBENAR?

Cuma bagaimana kemungkinan yang serius tentang cara rampasan 1933 kepada pegangan jongkong emas Amerika Syarikat … ?

Pemulihan ekonomi serantau tidak kelihatan baik, ujar Julian Philips of the Gold Forecaster.

Mesyuarat G8 minggu ini menunjukkan “division” itu mampu memimpin, seperti yang diberitahu IMF, untuk kerugian trillion Dollar dan million pekerjaan.  Sekarang dilaporkan bahawa Ben Bernanke dan sekutu rapatnya yang berada di lembaga di Washington khuatir dengan petanda yang pemulihan ekonomi Amerika Syarikat tidak menjadi.

Indikator yang dihasilkan oleh Institut Kajian Putaran Ekonomi menunjukkan kejatuhan kepada minggu ke 45 rendah ditolak dengan 5.7 mengikut kegelinciran yang agak teruk untuk setengah abad.  Bacaan sebegitu selalunya menyebabkan kegelinciran dalam masa 3 bulan atau lebih.

Lagipun, pergerakan wang adalah perlahan M3 Serantau mempunyai kontrak pada kadar tahunan 7.6% dalam 3 bulan yang lepas, jadi kita mungkin akan menghadapi cetakan yang banyak sekali lagi?  Jika itu yang berlaku, keyakinan terhadap mata wang (dan bukan saja kepada Dollar) akan merosot lagi.

Mungkin ini sebabnya, di dalam konferen emas baru-baru ini, Pelabur Tertinggi Emas dan Perak HSBC John Levin menunding kepada sesetengah pengurus aset Amerika Syarikat yang betul-betul khuatir tentang kemungkinan kerajaan akan membuat rampasan emas.  Emas masih mewakili cara yang terbaik sebagai bayaran,  ia sentiasa diterima.  Di dalam dunia yang dilemaskan dengan hutang, emas yang bebas hutang secara semulajadinya menonjol dengan lebih kuat dan akan membantu kerajaan yang mengalami kejatuhan mata wang mendapatkan semula keyakinan.

Seperti yang diterangkan oleh Levin, telah dimaklumkan bahawa Peti Simpanan bank Amerika Syarikat mempunyai ruang yang mencukupi untuk menyimpan emas mereka, dia telah diberitahu oleh lebih daripada satu pengurus bahawa mereka tidak mahu emas mereka disimpan di Amerika Syarikat, tetapi lebih menjurus untuk menyimpan di Negara Eropah.  Hal ini kerana mereka khuatir pada satu tahap pihak pengurusan Amerika Syarikat berkemungkinan menurut jalan yang telah dilalui oleh Franklin D. Roosevelt dalam tahun 1933 dan merampas kesemua emas di Amerika Syarikat sebagai sebahagian strategi negara dalam menghadapi masalah ekonomi dunia.  Adakah kekhuatiran mereka disembunyikan dengan baik?  Adakah G8 mengambil langkah menghadapi hari bila kerajaan akan merampas emas rakyat mereka di dalam peti simpanan mereka lagi?  Pastinya pandangan ini agak keterlaluan?  Dan mengapa pengurus aset Amerika mahukan emas pada masa yang sama?

Tugas pengurus aset adalah mencari pulangan yang terbaik tetapi dengan berfikiran jauh.  Mereka perlu melihat apa mungkin terjadi pada masa hadapan dan melindungi daripada bahaya yang mungkin mengganggu aset di bawah jagaan mereka.  Mereka mempunyai kelayakan yang tinggi dan berkemampuan di mana memahami masuk dan keluar pengurusan pelaburan.  Mereka secara berhati-hati memilih mengikut kebolehan mereka dan deria pengurusan pelaburan yang baik.  Mereka telah membina sumber pengetahuan yang meletakkan mereka di tahap tertinggi dalam dunia pelaburan.  Pengetahuan sebegitu selalunya menjurus kepada hal-hal kewangan termasuklah emas.  Oleh itu kita akan mencadangkan pendapat mereka mempunyai nilai.  Tetapi pastikah yang Amerika Syarikat secara kewangan kurang bahaya berbanding Eropah?

Sebenarnya, tidak.  Baru-baru ini dilaporkan  bahawan empat puluh lapan negeri di Amerika Syarikat akan mengalami defisit tahun ini dan gabungan kejatuhan jangka masa pendek akan berkemungkinan melebihi $300 billion.  Ini meletakkan jangkaan bajet 2010 Greece bagi kejatuhan jangka masa pendek lebih kurang $28 billion dalam perspektif.  Kejatuhan jangka pendek Greece terletak dalam 13.6% bagi GDP, di mana di situ merupakan number yang baik bagi negeri di Amerika Syarikat melibatkan difisit lebih daripada 20% tahun ini, termasuk sesetengah negeri, seperti California, New York, Florida dan Illinois, dengan ekonomi yang lebih besar daripada Greece.

Terdapat dalam sedozen negeri di Amerika Syarikat dengan ekonomi yang lebih besar berbanding Greece dan hampir kesemua terlibat  deficit 2010 ini pada tahap begini!  Dan lihat berita apa berkenaan difisit Greek, setelah ia secara amnya disiarkan, begitu juga pasarannya!  Kekhuatiran terhadap inflasi mata wang dan kejatuhan keyakinan dalam US Dollar kelihatan nyata apabila dilihat dalam konteks ini.

Walaupun begitu, pemantau pasaran emas hanya menfokuskan dalam pembelian emas oleh bank pusat.  Tetapi kepentingan yang sama rata ialah fakta yang kelihatan dalam perjanjian emas bank pusat (IMF tidak termasuk dalam tujuan ini) tidak lagi menjual emas lagi.  Mereka mahu menyimpan emas mereka.  Masa hadapan merupakan penyebab bank pusat memegang emas pada satu-satu masa.

Pembeli jongkong emas bank pusat ialah mereka yang mempunyai terlalu sedikit peratus emas di dalam simpanan mereka dan sedang melakukan apa yang termampu untuk membeli lagi.  China sekarang bekerjasama dengan syarikat perlombongan asing secara terus untuk emas mentah mereka.  Secara diamnya menunjukkan emas dimahukan oleh bank pusat di seluruh dunia.  Selangkah seterusnya dan emas yang senang didapati untuk kerajaan ialah milik rakyat mereka sendiri.

Mesyuarat pada hujung minggu ini G8 tidak meyakinkan pemerhati bahawa kerajaan akan menyelesaikan krisis ekonomi serantau, mahupun memulihkannya.  Ya, deficit akan berkurangan, tetapi perkembangan akan menjadi teruk seteruknya.  Eropah akan meninggalkan kesan kepada ekonomi Amerika Syarikat.  Dengan pergerakan wang yang semakin perlahan dan pengurangan pengeluaran wang M3, kita sekarang telah “alarmed” mengenai kemungkinan crisis yang sedang menghampiri kita, kerana keupayaan ahli politik yang tidak memberansangkan ini.

Ia berkemungkinan untuk kita mengambil langkah untuk merampas emas.  Banyak mana lagi langkah ke arah itu sebelum perkara ini berlaku? Adakah mereka juga, akan diambil?

Artikel penuh dalam Bahasa Inggeris boleh dibaca di SINI.

(Segala kandungan artikel di atas merupakan pandangan Julian D.W. Philips yang merupakan seseorang yang dihormati tinggi di Goldforecaster.com – memulakan kariernya di pasaran kewangan pada tahun 1970, semasa dia meninggalkan Tentera British selepas berkhidmat sebagai pegawai di Unit “Light Infantry” di Malaya, Mauritius dan Belfast.  Artikel ini telah dialih ke Bahasa Melayu)

No comments:

Post a Comment