Nasz Gold Trading adalah syarikat persendirian berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan Nombor Pendaftaran : IP0358780-T. Pemilik syarikat merupakan Agen Berdaftar di bawah Syarikat Goldcrest Pavilion Sdn Bhd. Kod Agen adalah AD2848.

Modul Perniagaan adalah menjual dan membeli barang kemas, jongkong dan koin emas dan perak.

OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Wednesday, September 1, 2010

HARGA EMAS $1500 PADA AKHIR TAHUN?

Ini merupakan pemahaman penulis daripada pembacaan artikel yang ditulis dari The Gold Report  di dalam http://goldnews.bullionvault.com.

Bolehkah Harga Emas mencecah $1500 per aun, seperti dinyatakan di sini, pada penghujung tahun 2010…?

Vikas Ranjan percaya harga emas boleh meningkat ke $1500 pada akhir tahun ini.  Vikas Ranjan merupakan pengasas di Kajian Ubika, seorang pengkaji dan analisis syarikat dengan dengan meliputi kawasan yang luas untuk klien kecil-kecilan dan operasi di Toronto dan Vancouver.

Mempunyai pengalaman dalam pengurusan dan pelaburan profesional lebih 15 tahun di bahagian kewangan, analisis pelanggan dan kajian, Vikas Ranjan kini menghasilkan www.smallcappower.com untuk klien di Kajian Ubika, menjurus kepada syarikat kecil-kecilan bernilai di bawah $500 juta.

Di sini Vikas memberitahu The Gold Report mengenai mengapa dia lebih “bullish” pada harga emas sekarang, tambahan dia juga percaya emas mempunyai potensi yang kuat untuk pendapatan serius.

The Gold Report : Vikas, dalam pandangan pasaran bulan Julai awak berkata: “ekonomi dunia kini berada di persimpangan yang menarik.  Pada satu sebelah, pasaran sedang melihat kepada pengakhiran pengiraan kerajaan dan impaknya ke atas pertumbuhan ekonomi, sementara itu pada masa yang sama masih khuatir mengenai peningkatan hutang kerajaan dan defisit.” Dimana ia meninggalkan kita?

Vikas Ranjan : Kita betul-betul berada dalam situasi yang bercampur.  Ia kelihatan kepada kita yang dunia dibahagikan kepada dua kem.  Pertama ialah Negara-negara Timur yang mempunyai hutang.  Mereka lebih berminat untuk mendapatkan defisit dan penurunan hutang dan menghadapi kehendak domestik yang lemah.  Kedua ialah kemunculan negara-negara seperti Brazil, China dan India, di mana sedang pesat membangun dan kelihatan tidak menghadapi masalah seperti itu.

Keseluruhannya, kita merasa kebanyakkan negara-negara membangun di Timur akan dilihat untuk mengurangkan defisit dan hutang mereka.  Walau bagaimanapun, kita boleh mengatakan Amerika Syarikat adalah dikecualikan kerana tahap pengangguran mereka dan ekonomi yang tidak menentu.  Ia masih mempercayai dalam melebarkan kewangan dan polisi fiscal mereka.  Kemunculan ekonomi akan terus meningkat pada jangka masa pantas.  Oleh itu, akhirnya, ia akan akan meninggalkan kita dengan pertumbuhan ekonomi tetapi secara tidak menentu untuk mungkin tahun depan ataupun tahun-tahun seterusnya.

The Gold Report : Jadi, awak percaya pertumbuhan di Brazil, Rusia, India dan China dan kemunculan ekonomi negara-negara lain adalah mencukupi untuk menyelesaikan isu hutang mengaitkan Eropah dan ekonomi Amerika?

Vikas Ranjan : Untuk kesimpulan yang pasti, Ya.  Seperti saya nyatakan sebelum ini, kemunculan pertumbuhan ekonomi pastinya menyediakan kesenangan dalam menghadapi masalah pasaran kewangan daripada krisis hutang di Eropah dan ekonomi Amerika Syarikat yang tidak menentu.  Tetapi, pada masa yang sama, kita tidak percaya yang ia akan cukup untuk mengawal kerosakan kepada situasi permintaan dalam negara-negara yang kaya ini.  Negara-negara yang menonjol akan menolak ekonomi dunia ke tahap yang pasti, tetapi kita melihat kepada bahaya kehendak yang tidak menentu di dalam negara-negara membangun, termasuk Amerika Syarikat, menarik jatuh keseluruhan ekonomi dunia.  Ia akan dirasakan lebih dalam masa 12 bulan akan datang; tetapi selepas itu, kami percaya pertumbuhan ini di negara-negara membangun ini akan meningkat dan ia akan menonjol dalam pasaran seterusnya akan terus membangun dengan pesat.  Pemerhatian kami pada 2012 dan tahun-tahun seterusnya lebih baik dari apa yang kita lihat pada 2011.

The Gold Report : Dalam terma pertumbuhan, berapakah peratus yang kita lihat?

Vikas Ranjan : Di Amerika Syarikat dna Kanada, 3% merupakan tahap pertumbuhan yang baik; tetapi apa yang kelihatan berlaku sekarang, ia hanya bertumbuh Cuma di atas 2% di negara-negara ini.  Bukan bencana yang besar, mungkin setengah markah peratus rendah berbanding “trendline” ataupun garisan trend.  Untuk negara-negara membangun yang lain, terutamanya Negara Eropah di Timur, kadar pertumbuhan boleh jadi rendah daripada itu.  Ekonomi yang menonjol, walau bagaimanapun, akan bertumbuh dengan kasar yang pantas dan ia akan meletakkan kadar ekonomi dunia dalam 4 – 4.5% pada 2011 dan tahun-tahun seterusnya.

The Gold Report : Sektor apakah yang akan menunjukkan peningkatan yang baik dalam ekonomi yang tidak menentu ini yang awak telah lihat pada 2012 dan seterusnya?

Vikas Ranjan : Trend sekular, dalam terma pertumbuhan pasaran yang menonjol, masih terus kukuh, di mana ia bermakna pasaran komoditi akan lebih meningkat secara konsisten dan terus bertumbuh.  Di antara komoditi, kami berasa optimis terhadap logam berharga dan tenaga.  Jika awak melihat sektor-sektor, sebahagian sektor-sektor itu sangat terdedah, mereka akan mungkin terkeluar dari tahap tersebut dan kemudian terkeluar lagi dari tahap-tahap itu.  Selain daripada itu, kewangan sepatutnya juga menjadi baik setelah kuasa pembeli kembali dengan menambahbaikan situasi pengambilan pekerja, sebahagian di Amerika Syarikat, dan kehendak pinjaman meningkat.

The Gold Report : Di dalam laporan kajian Ubika yang lain, awak menyatakan Aram Shishmanian, CEO of the World Gold Council, yang berkata, “Dengan pemulihan ekonomi global masih menanggung beban tahap hutang yang tinggi dan semakin meningkat di ekonomi di negara-negara Timur, pemerhatian EMAS sebagai kelas aset cair yang boleh dipercayai dan penyimpan kekayaan sebenar masih menjadi permintaan.” Dimana kedudukan Ubika dalam menyatakan EMAS sebagai matawang?

Vikas Ranjan : Sebenarnya, kami mempunyai pandangan yang sama.  Kami juga percaya ramai pelabur memandang emas bukan saja komoditi tetapi sebagai penyimpam nilai dan kelas aset.  Kami sebenarnya terkejut dengan kekuatan emas dalam suasana dimana inflasi terus menurun.  Seperti yang awak ketahui, emas secara tradisional berjaya menempuh situasi inflasi yang tinggi, tetapi tidak sebaik dalam situasi inflasi yang rendah.  Kekuatan dalam Pelaburan Ems dalam suasana inflasi yang rendah ini mencadangkan kepada kami yang pelabur akan terus bergantung dalam emas selagi pasaran kewangan tidak menentu.

Pandangan kami dalam harga emas adalah “pretty bullish”.  Dalam terma medium yang pendek ini, kami percaya yang ia akan menjadi lebih baik berbanding pemikiran sebelumnya.  Sebenarnya, jika awak lihat pergerakan di antara US Dollar dan Emas, selalunya ia berlawanan, tetapi baru-baru ini mere kelihatan bergerak seiring; apabila US Dollar meningkat, emas terus meningkat.  Di sana terdapat faktor-faktor yang menyokong pemerhatian postif terhadap emas dan ia akan terus menjadi subjek penting pada masa akan datang.

The Gold Report : Bolehkah awak tunjukkan dengan lebih spesifik dalam terma Jangkaan (“Forecast”) Harga Emas awak?

Vikas Ranjan : Sebenarnya, jangkaan (“forecast”) selalunya sangat susah untuk dibuat; tetapi, bila dilihat garisan trend, ia tidak mengejutkan kami jika emas berakhir dalam lebih kurang $1400 - $1500 pada penghujung tahun.  Selain itu, ia akan mungkin mendapat tahap kekangan yang lebih kurang sama untuk suatu masa sebelum membuat langkah yang lain, bergantung kepada suasana ekonomi.

The Gold Report : Bagaimana cadangan Ubika untuk didedahkan kepada emas?

Vikas Ranjan : Terdapat pelbagai cara untuk didedahkan kepada emas.  Selalunya, cara yang paling mudah ialah untuk membeli syiling emas, tetapi ada juga instrumen pelaburan yang mendedahkan kepada emas.  Untuk pelabur yang sanggup untuk mengambil lebih risiko, kami percaya mereka terus membeli stok penggalian emas.  Penghasil atau pencari emas merupakan tempat yang terbaik.  Pada pandangan kami, pencari emas muda menawarkan potensi yang lebih baik kerana nilai mereka tidak meningkat dengan pendapatan daripada emas.  Kebanyakkan syarikat carian emas muda sangat rendah nilai dan tidak sangat diketahui umum, menawarkan peluang yang sangat menarik.

The Gold Report : Ada apa-apa buah fikiran yang ingin awak kongsikan?

Vikas Ranjan : Saya cuma ingin mengatakan bahawa pasaran kini kelihatan “choppy”, dan ia biasanya dalam musim panas.  Kami percaya pemerhatian itu tidaklah seteruk mana seperti mana ramai orang mahu kami untuk percaya.  Kami tidak nampak sebarang potensi untuk sesuatu seperti kejatuhan pasaran kewangan seperti tahun 2008.  Ya, terdapat penipuan dalam pasaran, pertumbuhan tidak sekata dan kemungkinan untuk pulangan yang rendah seperti kami jangkakan mungkin 6 bulan yang lepas; tetapi kami masih nampak potensi pasaran, dan terutamanya potensi yang baik dalam Sektor Penggalian Emas Muda.

Artikel penuh dalam Bahasa Inggeris boleh dibaca di SINI.

(Segala kandungan artikel di atas merupakan temubual dengan Vikas Ranjan yang merupakan pengasas di Kajian Ubika, seorang pengkaji dan analisis syarikat dengan dengan meliputi kawasan yang luas untuk klien kecil-kecilan dan operasi di Toronto dan Vancouver.  Artikel ini telah dialih ke Bahasa Melayu)

No comments:

Post a Comment