Nasz Gold Trading adalah syarikat persendirian berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan Nombor Pendaftaran : IP0358780-T. Pemilik syarikat merupakan Agen Berdaftar di bawah Syarikat Goldcrest Pavilion Sdn Bhd. Kod Agen adalah AD2848.

Modul Perniagaan adalah menjual dan membeli barang kemas, jongkong dan koin emas dan perak.

OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Wednesday, October 13, 2010

EMAS GANTI WANG (KRISIS EKONOMI DI MYANMAR)


(Artikel ini diambil daripada blog Encik Marzuki untuk pengkongsian bersama)


SURI rumah berkerumun di kaunter barang kemas di Chinatown, Yangon tetapi ia bukanlah kerana fesyen.Di kawasan berhampiran Shwe Bontha Street, nadi pasaran emas sejak zaman kolonial, Nyan Tun (bukan nama sebenar) lebih daripada seorang peniaga. Dia dianggap ‘pegawai bank tidak rasmi’ di negara di bawah pimpinan tentera itu.

“Biasanya, pembeli utama golongan petani. Mereka akan membeli emas dengan sedikit lebihan wang untuk dijual sebelum musim menuai berikutnya.
“Pembeli kedua suri rumah yang gemar membeli barang kemas sebagai simpanan,” katanya.

Krisis ekonomi global mung kin menyemarakkan semula keraguan terhadap bank di seluruh dunia. Tetapi di Myanmar, keraguan itu sekian lama dirasai dan penyimpan memang tiada keinginan untuk menyimpan wang mereka dalam sistem perbankan yang agak mundur di negara itu.

Lagipun, tidak banyak yang mampu disimpan rakyatnya. Pengurusan ekonomi yang kurang baik sekian lama, ditambah dengan pemulauan dan kekangan di pihak antarabangsa, menyebabkan penduduk negara berkenaan bergelut untuk meneruskan kehidupan seharian dan menghadapi masalah harga pengguna yang melambung tinggi.Antara 2005 hingga 2009, kadar inflasi tahunan di Myanmar yang dulu dikenali sebagai Burma, berada pada kadar 20 peratus, menurut laporan Bank Pembangunan Asia.

“Jika kami mahu menangani masalah inflasi, belilah emas. Jika kami menyimpan wang di bank, kami akan rugi.“Orang ramai mempunyai kepercayaan yang tinggi pada emas sebagai simpanan nilai,” kata Nyan Tun yang memohon supaya nama sebenarnya tidak disiarkan di media untuk mengelak sebarang masalah.
Menurutnya, nilai timba ngan ‘ticak’ emas, meningkat lebih daripada 30 kali ganda dalam mata wang tempatan iaitu kyat sejak dia mula menjadi peniaga emas pada akhir 1980-an.

Sean Turnell, pakar ekonomi Myanmar di Universiti Macquarie, Sydney, berkata, peningkatan mendadak harga barangan pengguna disebab kan tindakan kerajaan berkenaan yang mencetak lebih banyak wang untuk membiayai perbelanjaannya.
Lambakan khazanah semula jadi termasuk emas, gas, kayu jati, minyak, jed dan batu permata mampu menjadikan negara berkenaan kaya satu ketika dulu sebelum berada di bawah pemerintahan tentera pada 1962.

Namun, Myanmar kekal sebagai sebuah negara paling kurang membangun di dunia, dengan hampir satu pertiga daripada penduduknya hidup di bawah garis kemiskinan, menurut angka Bank Dunia.

“Keadaan fiskal sepatutnya baik. Tetapi mereka (pemerintah tentera) tidak memanfaatkan wang yang mereka peroleh daripada gas untuk kegunaan awam dengan baik. Dana terbabit tidak direkod kan,” kata Turnell merujuk kepada pendapatan daripada bekalan gas yang sepatut nya membiayai perbelanjaan kerajaan.

Ada yang mempercayai pilihan raya pertama Myanmar yang agak kontroversi dalam tempoh 20 tahun, dijangka pada 7 November ini, akan membawa perubahan ekonomi yang sangat diperlukan.

“Golongan pemerintah akan tetap sama, jadi tiada banyak perubahan yang akan berlaku,” kata Nyan Tun yang kini dalam lingkungan usia 50-an.
Bagaimanapun, terdapat sedikit perubahan dalam landskap ekonomi menjelang pilihan raya terbabit dengan pihak junta memulakan pelbagai penswastaan syarikat dan hartanah.

Termasuk dalam penjualan aset ini pelabuhan, kilang dan panggung wayang, empat konglomerat dikendalikan ahli perniagaan yang mempunyai hubungan baik dengan pihak junta diberikan lesen untuk memulakan bank baru.
Menurut Turnell, kronisme yang ketara dalam perkembangan terkini menunjukkan negara terbabit ‘beranjak dalam arah yang agak aneh’. Bagi warga Myanmar biasa, masih tiada kestabilan ekonomi atau pilihan yang baik untuk penyimpan harta mereka yang boleh dipercayai.

“Emas sekian lama menjadi aset simpanan utama, insurans ulung terhadap polisi kerajaan. Ia kembali ke zaman kolonial,” kata Turnell.

Menerusi peranan penting yang dimainkan logam berharga berkenaan, regim terbabit terus mengawasi dagangannya dengan teliti. Nyan Tun berkata, polis cawa ngan khas yang berpakaian biasa muncul di Shwe Bontha Street dan memberi tekanan kepada peniaga supaya berhenti menjual emas apabila harganya naik.

“Mungkin kerajaan fikir inflasi disebabkan harga emas tetapi sebenarnya, keadaan berlaku sebaliknya,” katanya.

“Harga emas adalah indeks inflasi untuk rakyat,” seorang pengarang bahagian perniagaan yang namanya enggan dikenali di Yangon bersetuju dengan pendapat berkenaan.

Menurutnya, rakyat tidak tahu kaedah lain yang boleh digunakan untuk menilai inflasi.

“Kerajaan tidak memberikan sebarang penjelasan,” katanya.
Sistem perbankan Myanmar masih tidak pulih daripada krisis besar pada 2003 yang menyaksikan tiga bank ditutup.

Buat masa ini, emas kekal sebagai simpanan paling selamat di Myanmar - itu juga satu sebab penjual ikan memakai rantai emasnya di leher.

“Emas - ini satu-satunya benda yang boleh dipercayai rakyat negara ini,” kata pe ngarang bahagian perniagaan itu - AFP.

Sumber : myMetro

Wednesday, September 29, 2010

RANTAI TANGAN BARU 916 UNTUK DIJUAL (LESS RM11 DARI HARGA FGJAM + TANPA KOS UPAH TUKANG)

RANTAI TANGAN DEWASA BARU (916)

RTD916-1
BERAT : 19.64 gram
PANJANG : 17.5 cm
HARGA : 140/g sahaja - 
less RM11 dari Harga di FGJAM iaitu RM151/g + Tiada Kos Upah Tukang!!
HARGA : 2,749.00

RTD916-2

BERAT : 18.86 gram
PANJANG : 17.5 cm
HARGA : 140/g sahaja - 
less RM11 dari Harga di FGJAM iaitu RM151/g + Tiada Kos Upah Tukang!!
HARGA : 2,640.00

RTD916-3

BERAT : 19.58 gram
PANJANG : 17.5 cm
HARGA : 140/g sahaja - 
less RM11 dari Harga di FGJAM iaitu RM151/g + Tiada Kos Upah Tukang!!
HARGA : 2,741.00

RTD916-4
BERAT : 10.04 gram






PANJANG : 17.5 cm
HARGA : 133/g sahaja - 
less RM13 dari Harga di FGJAM iaitu RM146/g + Tiada Kos Upah Tukang!! 
HARGA : 1,335.00**SOLD



RANTAI TANGAN KANAK-KANAK BARU (916)


RTK916-1
BERAT : 3.71 gram
PANJANG : 13.5 cm
HARGA : 133/g sahaja - 
less RM13 dari Harga di FGJAM iaitu RM146/g + Tiada Kos Upah Tukang!!
HARGA : 493.00**SOLD

RTK916-2
BERAT : 7.58 gram
PANJANG : 13.2 cm
HARGA : 140/g sahaja - 
less RM11 dari Harga di FGJAM iaitu RM151/g + Tiada Kos Upah Tukang!!
HARGA : 1,061.00


RTK916-3
BERAT : 7.97 gram
PANJANG : 13.2 cm
HARGA : 133/g sahaja - 
less RM13 dari Harga di FGJAM iaitu RM146/g + Tiada Kos Upah Tukang!!
HARGA : 1,060.00**SOLD


RTK916-4



BERAT : 7.20 gram

PANJANG : 13.5 cm
HARGA : 140/g sahaja - 
less RM11 dari Harga di FGJAM iaitu RM151/g + Tiada Kos Upah Tukang!!
HARGA : 1,008.00**SOLD



RTK916-5



BERAT : 7.54 gram




PANJANG : 13.5 cm
HARGA : 140/g sahaja - 
less RM11 dari Harga di FGJAM iaitu RM151/g + Tiada Kos Upah Tukang!!
HARGA : 1,055.00



HUBUNGI / SMS 012-5721743 (NASZ)

**CEPAT SEBELUM HARGA EMAS SEMAKIN MENINGKAT!!!


Friday, September 24, 2010

HUTANG, RIBA DAN HUKUM-HAKAM PEMODAL

(Artikel ini diambil daripada blog Cikgu Asar untuk pengkongsian bersama - Terima Kasih Cikgu Asar)

Salam sejahtera dan semoga semua pembaca berada didalam keadaan sihat walafiat. hari ini saya ingin berkogsi artikel yang menarik utk di baca bersama..

Semua yang wujud dalam alam ini bergerak mengikut hukum alam. Manusia wujud melalui DNA. Bumi ini wujud kerana pertemuan, asakan dan pergumpalan pelbagai bentuk elemen kimia yang terpencar bersepah dalam udara hasil daripada Letupan Besar.

Seperti besi berani yang akan terus menghala medannya ke utara, begitu juga hukum hukum alam ini tidak berubah-ubah. Manusia yang memiliki akal akan mencari dan menemui hukum-hukum ini.

Penemuan hukum-hakam alam ini menjadikan asas kepada tamadun manusia. Hukum alam ini tidak akan beralih-alih. Hukum-hakam ini berkecuali, tidak memiliki nilai.

Nilai baik atau jahat lahir daripada akal manusia.
Madame Marie Curie menemui radium dan menemui cahaya X dalam uranium. Dia juga menemui hukum-hakam uranium. Ciri dan watak uranium tidak pernah berubah.
Apabila ditemui ciri dan hukum-hakam uranium, maka akal manusia jugalah yang cuba mengubah hukum-hakam ini sehingga melahirkan bom atom.

Kajian hukum-hakam algebra dan ilmu bintang oleh al-Khwarizmi di Baitul Hikmah, Baghdad di zaman Khalifah Al-Mamun berkembang hingga ke hari ini.

Hukum ilmu bintang ini berkecuali – hanya kuasa imperial Anglo-Amerika yang menggunakan hukum ini untuk kebejatan dengan meletakkan senjata di atas langit.

Kapitalisme juga bergerak mengikut hukum-hakam. Hukum pertama kapitalisme ialah: untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Hukum ini tidak akan beralih-alih.

Sama ada kapitalis ini Majusi, Yahudi, Nasrani atau Islam – hukum kapitalis tetap sama.

Kapitalisme juga bergerak melalui hutang. Sistem kapitalisme akan runtuh jika hutang dan riba tidak wujud. Kepala jahat yang melahirkan hutang dan riba ini ialah bank.

Justeru kita wajib memahami bagaimana bank mula bergerak untuk mendapat keuntungan maksimum.

Sebelum kemunculan bank – di zaman kapitalisma kaum pedagang - emas adalah tukaran. Justeru, jika kita menyemak Sejarah Melayu, kita akan terbaca ufti yang dibayar kepada Raja Siam berbentuk Bunga Emas.

Kita juga terbaca perkataan perak sebagai wang. Jika melawat musium, kita akan akan dapat melihat mata wang lama Alam Melayu – emas dan perak.


Para saudagar yang berniaga akan mengupah tukang emas untuk membuat kepingan emas dan perak ini sebagai tukaran membeli-belah.

Saudagar akan meninggalkan emas dan perak untuk disimpan ke dalam peti besi tuan kedai. Kepingan emas dan perak ini dijaga rapi. Sebagai tandanya, tuan kedai akan menulis di atas kertas jumlah emas yang tersimpan.

Kertas ini cukup berharga. Sesekali si saudagar akan datang melihat emasnya yang tersimpan.


Tuan kedai emas melihat bahawa surat yang ditulisnya telah diyakini umum. Keyakinan ini datang kerana tuan kedai bukan hanya menyimpan untuk seorang saudagar tetapi berbelas-belas.


Jika ada si saudagar atau sesiapa yang datang untuk melihat emasnya, tuan kedai akan memperlihatkan emas-emas kepunyaan saudagar yang lain. Keyakinan bertambah.
Dari sini hukum kapitalisme bergerak lagi. Contohnya, tuan kedai menyimpan 100 keping emas yang dimiliki saudagar Buluh Kasap. Jika disimpan, maka nilainya tidak bertambah.
Justeru tuan kedai telah menulis 200 keping kertas untuk Buluh Kasap. Ertinya, ada seratus keping kertas lebih daripada 100 keping emas. Lebihan kertas ni menjadikan modal saudagar Buluh Kasap bertambah satu kali ganda.
Kertas yang ditulis oleh tuan kedai ini diuar-uarkan sama dengan nilai emas yang tersimpan dalam peti besi tuan kedai - inilah asal-usul duit kertas atau bank note.
Daripada pengalamannya, tuan kedai tahu bahawa para saudagar ini tidak semuanya akan datang serentak untuk melihat emas simpanan masing-masing. Justeru, dia boleh memutarbelitkan jumlah kepingan emas yang disimpan.

Hukum keuntungan maksimum sistem kapitalis bergerak lagi. Kali ini tuan kedai bukan lagi mengeluarkan kertas kepada si penyimpan emas sahaja tetapi telah berani menjual kertas ini kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar untuk digunakan sebagai modal.

Kertas yang dijual ini pastilah telah melebihi daripada jumlah emas yang tersimpan. Perkara ini tidak diketahui umum kerana tuan kedai menyimpan emasnya secara rahsia - konon untuk menjaga kestabilan suasana perniagaan.

Tuan kedai emas menjadi kaya dengan menjual kertas kosong yang tidak berasaskan emas. Justeru inilah asal-usul bank dalam sistem kapitalisme. Amat jelas bank bermula dengan pembohongan.

Pembohongan ini menjadi kukuh kerana adanya keyakinan daripada orang ramai. Mereka yakin kerana melihat ramai saudagar telah menyimpan emas dengan tuan kedai.

Tuan kedai emas ini juga dilihat hebat di kalangan masyarakat kerana memiliki rumah besar, isteri gemuk, makanan sedap, ada babu dan pengawal peribadi.

Tuan kedai emas ini akhirnya menjadi pemilik bank. Gejala ini berlaku 500 tahun dahulu. Jika kita membaca karya Shakespeare, kita akan bertemu dengan si Mamat yang bernama Shylock tuan peminjam wang di kota Venice.

Shylock ini watak pemilik bank 500 tahun dahulu. Hari ini watak, hukum-hakam dan ciri-ciri seorang pemilik bank tidak pernah berubah. Hutang wajib dibayar. Jika tidak, daging seketul wajib diagihkan.

Hari ini, 500 tahun kemudian, asas hukum perbankan tidak pernah berubah tetapi cara pengendalian lebih tersusun.


Umum selalu bertanya dari mana datangnya wang. Jawabnya: yang mencetak wang ialah bank!!.


 Caranya tidak jauh bezanya daripada amalan tuan kedai emas dahulu.






Contoh: Ada sebuah bank bernama Bank Buluh Kasap yang memiliki modal sebanyak 100 ringgit. Bank ini mendapat pelanggan 10 orang yang menyimpan 100 ringgit seorang.

Ertinya bank ini ada 1100 ringgit. Bank ini kemudian memberi pinjaman kepada 10 pelanggan baru. Setiap pelanggan dipinjamkan 200 ringgit. Lihat silap mata!

Dari 100 ringgit modal asal, kini menjadi 2100 ringgit.

Bank ini sebenarnya tidak memberikan pinjaman duit tetapi kredit. Tidak ada duit bertukar tangan - ini duit atas angin. Tuan punya bank seperti tuan kedai emas tahu bahawa tidak semua pelanggan akan datang serentak untuk mengeluarkan duit simpanan.

Bank memungut bunga dan riba – yang dipanggil untung. Duit bunga ini akan terus dipusingkan untuk dipinjamkan lagi. Ertinya duit dalam sistem ekonomi kapitalis lahir daripada hutang dan bunga.



Beginilah yang telah dilakukan oleh semua bank. Inilah caranya bagaimana duit muncul dalam pasaran. Sistem bank dalam ekonomi kapitalis bergerak mengikut hukum ini.

Dalam masa yang sama, si peminjam diminta memberi cagaran – amalan ini untuk menjamin keuntungan kepada bank. Jika si pelanggan gagal membayar hutang, maka cagaran akan terlupus.

Harus difahami bahawa bank membuat duit bukan melalui cagaran. Bank membuat duit dengan memberi orang berhutang. Cagaran hanya mainan silap mata untuk melahirkan keyakinan.

Katakan pada hari Rabu minggu hadapan, semua pelanggan Bank Buluh Kasap ingin mengeluarkan duit - maka tertonggeng dan terkangkang Bank Buluh Kasap!

Tidak ada duit sebenarnya dalam bank itu. Yang berpusing-pusing hanya kertas. Tertongeng dan terkangkang inilah yang sedang kita hadapi semenjak September 2008.

Bank Northern Rock di Scotland tertonggeng apabila semua penyimpan datang beratur untuk meminta wang simpanan mereka - permulaan hilangnya keyakinan orang ramai terhadap bank.

Orang ramai tidak yakin bahawa duit mereka akan selamat. Apabila orang ramai hilang keyakinan, maka silap mata bank akan kantoi. Orang ramai akan berbondong-bondong datang untuk mengeluarkan duit mereka.

Bank yang pandai main silap mata kini tidak dapat melakukan apa-apa melainkan mengaku diri mereka bankrap - inilah yang sedang berlaku sekarang.

Selama 30 tahun yang lalu, pelbagai bentuk mainan silap mata telah dilakukan oleh bank. Pemilik-pemilik ban ini telah mempengaruhi para ahli politik untuk melupuskan pelbagai larangan dan rintangan.

Mereka memungut riba dan mengumpul harta. Dengan harta kekayaan yang terkumpul hasil daripada memakan riba, para pemilik bank telah memberi sumbangan kepada politikus.

Persekongkolan ini cukup intim. Para pemilik bank ini tidak pernah muncul di khalayak umum. Tetapi kepentingan mereka terjamin melalui para politikus yang akan bersuara menjaga kepentingan mereka.

Pada 2009, banyak bank telah muflis. Lalu timbul persoalan. Ke mana perginya duit-duit ini? Harta kekayaan tidak hilang, ia hanya bertukar tangan. Duit ringgit milik orang ramai yang tersimpan di bank telah dijadikan modal untuk membuat lebih banyak untung.

Keuntungan ini disimpan. Penyimpan duit di bank boleh jatuh muflis, bank boleh diistihar bankrup tetapi tuan empunya bank tidak pernah bankrup.

asal oleh
Hishamuddin Rais
Apr 9, 09
4:16pm
edit by Azrul Syahrizan Ab Rahman

Adakah anda masih tertanya-tanya simpanan sebenar?? Emas or wang kertas?