Nasz Gold Trading adalah syarikat persendirian berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan Nombor Pendaftaran : IP0358780-T. Pemilik syarikat merupakan Agen Berdaftar di bawah Syarikat Goldcrest Pavilion Sdn Bhd. Kod Agen adalah AD2848.

Modul Perniagaan adalah menjual dan membeli barang kemas, jongkong dan koin emas dan perak.

OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, March 22, 2012

HARGA EMAS JATUH? APA NAK BUAT?

Harga emas turun lebih kurang 10% dalam masa 2, 3 hari ni. 1 Dinar sekarang sekitar RM760. Harga tertinggi pernah cecah sebelum ni ialah RM833. Bagi orang yang belum faham pasal emas, dia jadi panik, tapi bagi orang yang tahu perangai emas, dia mesti tersenyum lebar... Inilah waktu dia bershopping sakan tambahkan lagi simpanan emas, dan inilah peluang memaksimumkan keuntungan dengan teknik pajak di Ar-Rahnu!

Bagi orang yang tahu, bila harga emas jatuh 10%, dia berpeluang dapat keuntungan 10% dengan mudah!

Harga Jatuh, Untung atau Rugi?

Ok, bila harga jatuh, kita untung atau rugi? Bagi sahabat yang simpan 100 gram emas, cuba cek balik, emas yang kalian simpan tu berkurangan berapa gram masa harga emas jatuh? Jawapanya, tak berkurangan walaupun 1 gram. So, anda rugi ker bila harga emas jatuh? Pastinya tak... Macam tu juga bagi sesiapa invest dalam hartanah. Kalau nilai hartanah jatuh, kita bukan betul-betul rugi. Rugi cuma atas kertas, tapi realitinya kita masih untung!

Ok, kalau sahabat invest dalam saham contohnya, bila harga saham jatuh, apa yang anda ada? Nilai saham susut dan unit-unit saham yang anda ada tak memberi apa-apa makna sebab ianya cuma 'janji' kekayaan yang ada atas kertas. Ia tak real macam 'real property' lain - rumah, tanah, emas, perak dsb, betul tak?

So, bagi sesiapa yang simpan 'real property', dia tak perlu risau walaupun harganya jatuh mendadak. Ianya cuma 'assumption' yang anda telahpun rugi, tapi pada hakikatnya, anda tak rugi pun.

Kalau Untuk Long-term, Kita 'Confirm' Untung

Satu lagi yang kita kena ingat, bagi sesiapa yang simpan untuk long-term (minimum setahun), dia tak risau harga emas jatuh, bahkan dia lagi happy tengok kejatuhan harga emas. Masa saya pertama kali beli emas (2 Oktober 2011), harga 1 Dinar cuma RM616. Bulan Ogos 2011, harga 1 Dinar naik hingga RM833. Lepas dikatakan harga emas jatuh merudum, 1 Dinar harganya RM750! So, berapa banyak saya rugi?

Moral of the story, kalau nak beli emas, pastikan guna duit yang agak-agak tak pakai dalam masa setahun. Jangan sekali-kali gunakan duit yang nak pakai 3, 4 bulan akan datang melainkan diwaktu harga emas tengah rendah macam sekarang ni.

Harga Jatuh, Apa Nak Buat?

Bila harga jatuh, strategi yang boleh kita buat ialah:

Strategi #1: Beli lagi emas pada harga rendah kalau masih ada extra cash yang tak pakai dalam masa 3 - 6 bulan akan datang. Harga rendah macam ni tak akan lama. Paling lama  pun 3 - 6 bulan lagi dia akan naik balik kepada harga tertinggi.

Strategi #2: Pajak emas sedia ada di Ar-Rahnu dan beli lagi emas dengan duit pajak. Untuk strategi yang lebih selamat, sparekan sebahagian duit hasil pajak tu untuk bayar upah simpan 6 bulan akan datang. In case harga emas tak naik balik dalam masa 6 bulan, guna duit tu untuk bayar upah simpan dan sambung lagi pajakkan sampai harga emas naik balik ke puncak tertinggi sebelum ni.
Strategi ini boleh digunakan sebab walaupun harga emas jatuh, harga emas di Ar-Rahnu (dan kedai emas) akan kekal tinggi. So, kita boleh pajak dengan harga mahal, dapat duit cash yang banyak, dan tambah lagi simpanan emas dengan banyak.

Saya yakin teknik ni boleh dilakukan atas keyakinan harga emas akan pergi jauh lagi dalam jangka panjang. Sebabnya, ada faktor besar yang masih belum settle dan belum nampak jalan keluarnya dalam masa terdekat iaitu krisis hutang US dan Eropah, krisis dagangan, penyusutan nilai dolar, perang matawang dsb. Bahkan, Mike Meloney, penulis buku "Guide To Investing in Gold & Silver" menjangkakan semua petanda yang ada hari ini menunjukkan bakal berlakunya keruntuhan sistem matawang yang menyebabkan duit kertas sama tarafnya dengan tisu tandas!

Wallahu a'lam.

Nota Penting:
Teknik ni hanya terbaik untuk sesiapa yang ada barang kemas pelaburan seperti i-series Public Gold sebab mulai Mei 2011, banyak Ar-Rahnu dah tak terima gold bar dan syiling emas. Antara yang masih terima ialah Ar-Rahn Kelantan. Tapi kosnya agak tinggi.
Kos pajak ialah 1.15% sebulan, atau 13.85% setahun. Ini berdasarkan upah simpan RM0.75 setiap nilai marhun RM100, dan margin of financing 65%. Kalau pajak emas RM10,000, dapat duit cash RM6,500.
Ar-Rahnu terbaik setakat ni ialah Ar-Rahnu Agrobank. Tempoh gadaian ialah 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan. Kos pajakkan pun termurah.
Sepanjang tempoh pajak, kita tak perlu bayar apa-apa. Yang penting, bila nak habis tempoh, kita kena bayar duit pinjaman + upah simpan.
Kalau harga emas tak naik lepas tempoh 6 bulan, jangan tebus lagi. Tapi, sambung jer pajak sampai harga emas naik balik dan dapat untung. Kalau nak sambung pajak, tak payah bayar duit pinjaman. Just bayar upah simpan 6 bulan dan perbaharui surat pajak.
Untuk faham lebih lanjut tentang teknik manipulasi Ar-Rahnu, saya syorkan sahabat semua baca artikel Syukor Hashim bertajuk "Bagaimana Menjana Keuntungan Menggunakan Teknik Ar-Rahnu".

2 comments:

  1. harga emas jatuh disebabkan oleh faktor manipulasi yang dilakukan oleh amerika bagi mengukuhkan matawang mereka.. pada minggu lepas.. walaupun ia akan kembali kepada normal kelak.. www.redlomo.com :)

    ReplyDelete
  2. i saw this from innit...
    terima kasih, abang atas infomasinya.
    aku juga tak sangka harga emas akan jatuh baru-baru ini sebab OCBC bank cakap June baru jatuh... haha... pada pendapat abang bila masa akan naik balik? dan apakah harga terendah yang mungkin dapat dicapat sebelum melonjat balik?

    ReplyDelete