Nasz Gold Trading adalah syarikat persendirian berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan Nombor Pendaftaran : IP0358780-T. Pemilik syarikat merupakan Agen Berdaftar di bawah Syarikat Goldcrest Pavilion Sdn Bhd. Kod Agen adalah AD2848.

Modul Perniagaan adalah menjual dan membeli barang kemas, jongkong dan koin emas dan perak.

OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Friday, August 3, 2012

MAYBANK SILVER INVESTMENT ACCOUNT (MSIA)


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan semua.

Saya doakan semua berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Kali ini saya nak kongsikan satu bentuk pelaburan baru dan tiada lagi di Malaysia. Pelaburan baru ini adalah pelaburan jual beli silver di dalam buku akaun. Memang agak pelik tapi Maybank telah melancarkan produk pelaburan yang dinamakan Maybank Silver Investment Account (MSIA). Produk ini adalah lebih kurang sama dengan Maybank Gold Investment Account (MGIA) tapi ia berteraskan PERAK (SILVER). Korang boleh klik link SINI untuk mengetahui mengenai Maybank Gold Investment Account (MGIA).


Gambar di atas adalah rupa buku akaun Maybank Silver Investment Account (MSIA). Pelaburan silver melalui buku akaun baru dilancarkan pada 9hb Julai 2012 (rasanyalah) oleh pihak Maybank.

Kelebihan produk ini:

1. Cara yang baik untuk meningkatkan tahap kepelbagaian portfolio.

2. Lebih selamat terhadap inflasi ekonomi.

3. Ianya mudah untuk menguruskan pelaburan anda. Beli atau jual perak dalam akaun anda melalui buku pelaburan di mana-mana cawangan Maybank di Malaysia.

4. Mulakan pelaburan yang mampu anda miliki dengan segera.

Kelayakan :

1. Individu berumur 18 tahun dan ke atas.

2. Akaun Bersama - maksimum 4 orang.

3. Pembelian minimum pertama : 20 gram.

4. Pembelian/penjualan minimum seterusnya : 10 gram dalam gandaan 1 gram.

5. Baki minimum akaun : 5 gram.

Yuran dan Caj:

1. Duti setem untuk dokumen Perjanjian : RM10

2. Penggantian buku pelaburan (hilang/rosak) : RM15
(Termasuk duti setem untuk Surat Perlindungan)

Penafian:

Pulangan Akaun Pelaburan Perak Maybank adalah tertakhluk kepada turun naik harga perak. Pelanggan adalah dinasihatkan untuk membaca dan memahami produk ini sebelum membuat sebarang pelaburan. Akaun Perak Perak Maybank tidak layak dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

Maklumat di atas saya salin dari Brochure yang saya dapat dari Maybank. Bagi korang yang tak mampu untuk melabur dalam Akaun Pelaburan Emas Maybank yang memerlukan modal yang tinggi, korang boleh mulakan dengan melabur dalam Akaun Pelaburan Perak Maybank yang saya yakin korang memang mampu.

Saya beri satu contoh simple :


Di atas adalah Harga Jual (Selling) dan Harga Beli (Buying) Akaun Pelaburan Perak bagi 2hb Ogos 2012.

Harga Jual (Selling) adalah harga bank jual perak kepada korang. 

Harga Beli (Buying) adalah harga bank beli perak dari korang.

Untuk mula buka Akaun Pelaburan Perak, korang kena bayar :

RM10 bagi Duti Setem untuk dokumen Perjanjian.

20 gram x RM2.89 = RM57.80 (Pembelian Minimun Pertama selepas buka Buku Akaun)


Oleh itu, jumlah yang perlu korang bayar untuk mula-mula buka Buku Akaun Pelaburan Perak adalah :

RM10 + RM57.80 = RM67.80 (Bagi Harga Jual pada 2hb Ogos 2012. Harga Jual dan Harga Beli sentiasa berubah setiap hari bergantung kepada pergerakan spot pergerakan perak)


Kemudian, korang nak tambah pelaburan perak korang, korang cuma perlu ke Maybank terdekat korang dan DEPOSIT MINIMUM 10 GRAM DALAM GANDAAN 1 GRAM.

DEPOSIT MINIMUM 10 GRAM DALAM GANDAAN 1 GRAM bermaksud korang boleh depositkan paling kurang 10 gram dan kalau nak deposit lebih 10 gram, korang boleh tambah dalam gandaan 1 gram. Contohnya, 11 gram, 15 gram, 17 gram, 19 gram, 23 gram dan seterusnya. Tapi, yang paling penting, kena lebih 10 gram.

Spread (Perbezaan) harga Jual (Sell) dan Harga Beli (Buying) pun taklah begitu besar bagi saya iaitu :


RM2.89 - RM2.63 = RM0.26.


Spread baru RM0.26 saja. Korang kena faham, pelaburan sebegini bukan boleh buat dalam jangka masa pendek, pelaburan sebegini perlu dibuat dalam jangka masa sederhana dan panjang. Oleh itu, saya lebih menggalakkan korang yang berniat untuk menyimpan dalam jangka masa sederhana dan panjang untuk menyertai pelaburan sebegini. Jika tidak, korang akan mengalami kerugian disebabkan naik turun harga perak.

Perlu difahami, harga perak boleh turun dan naik mendadak. Tapi, secara keseluruhannya, harga perak sama seperti harga emas, memang sentiasa menaik. Oleh itu, sebelum nak melibatkan diri dalam apa-apa pelaburan, silalah buat kajian dan fahami pelaburan tersebut betul-betul.

Apa yang saya kongsikan di sini adalah untuk membantu dan menyedarkan korang tentang kepentingan logam berharga ini. Saya yakin di masa akan datang, bank-bank lain juga akan mengambil langkah seperti yang dilakukan Maybank sekarang.

Wassalam.

-MOHD NASER-

4 comments:

  1. Urusniaga hanya boleh guna buku ke? Jual beli online (maybank2u) tak boleh ke? Ada tak tempoh matang untuk proses jual balik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera Zaime Jamaludin,

      Ya. Urusniaga hanya menggunakan buku sahaja. Setakat yang saya tahu, cuma urusniaga di kaunter saja dibenarkan. tiada tempoh matang untuk jual balik. setiap 1 gram harga perak ditentukan di website maybank2u.

      Sebagai contoh, hari ini anda membeli 1 gram silver bersamaan RM2.50 dan seminggu kemudian, harga silver naik ke RM3.00. Anda jual dan dapat untuk Rm0.50.

      Delete
  2. Urusniaga hanya boleh guna buku ke? Jual beli online (maybank2u) tak boleh ke? Ada tak tempoh matang untuk proses jual balik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera Zaime Jamaludin,

      Ya. Urusniaga hanya menggunakan buku sahaja. Setakat yang saya tahu, cuma urusniaga di kaunter saja dibenarkan. tiada tempoh matang untuk jual balik. setiap 1 gram harga perak ditentukan di website maybank2u.

      Sebagai contoh, hari ini anda membeli 1 gram silver bersamaan RM2.50 dan seminggu kemudian, harga silver naik ke RM3.00. Anda jual dan dapat untuk Rm0.50.

      Delete