Hari ini nak kongsi tentang Gold Savings Passbook Account (GSPA) yang diuruskan oleh pihak Mybank. Kita boleh buat trading emas secara maya menggunakan GSPA. Setiap gram emas yang kita beli akan di dalam sebuah buku akaun emas.
Buku Akaun GSPA
GSPA ini bersandarkan kepada nilai emas jenis 999.9. Deposit Minimum adalah 5 gram. Nilai 1 gram untuk kita beli dan jual balik, boleh tengok kat di laman web Maybank - Klik Investment - Klik Gold Savings Passbook Account - Klik view today's gold rate.
Screen Shot GSPA Rate pada 01.04.2011
Kadar emas di GSPA ini akan dikemaskini sebanyak 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan waktu petang.
GSPA ini boleh dibuka di mana-mana Maybank. Kita boleh beli dan jual emas yang berada dalam buku GSPA kita mengikut nilai semasa GSPA Maybank di mana-mana kaunter sahaja.
Kadang-kadang kita takut nak simpan emas fizikal. Kita bolehlah mulakan dengan GSPA. Kalau kita tak nak kuarkan nilai emas dalam buku GSPA dengan RM, kita boleh minta dengan emas tapi agak rumit sebab melibatkan banyak kos. Baik keluarkan dalam bentuk RM dan beli je dengan kawan-kawan emas kita. Lagi mudah dan murah.
Sebarang maklumat lanjut, boleh tengok kat laman web Maybank.
Wassalam.
ok tak ni compare dengan public bank punya?
ReplyDeleteduit profit emas boleh withdraw daily ke?
meh dapatkan 1 ribu unique visitor sehari
shah : lebih kurang je. perbezaan spread lebih kurang sama je. cuma PBGIA deposit pertama minimum 20gram. tapi Maybank deposit pertama minimum 5gram je. Nak dapat profit melalui GSPA ni kena tunggu harga naik sampai lebih masa kita beli. GSPA ni sesuai untuk simpanan jangka masa panjang dan sederhana.
ReplyDeleteSalam En. Nasir, ada stats harga GSPA utk bulan April tak? saya dah invest tp lupa nk collect data dari 1 April dulu. thanks. Zul
ReplyDeleteAZUL: ada...nak start bila Azul?
ReplyDeleteSalam. Harga emas tengah naik skang. Maybank GIA dah rm176/gram. Agak2 boleh naik sampai brape lagi? sebab kalo dah tahu harga emas boleh naik atau ke tak, sy nak jual.
ReplyDeleteSalam Yop,
DeleteUntuk menjangka kenaikan harga emas memerlukan skill dalam penganalisisan data yang tepat di samping kita kena melihat berita-berita yang berkaitan kenaikan dan penurunan harga emas dunia. saya minta maaf sebab saya tiada skill ini. Saya cuma seorang penjual emas saja.
Terima kasih.
Admin.