Nasz Gold Trading adalah syarikat persendirian berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan Nombor Pendaftaran : IP0358780-T. Pemilik syarikat merupakan Agen Berdaftar di bawah Syarikat Goldcrest Pavilion Sdn Bhd. Kod Agen adalah AD2848.

Modul Perniagaan adalah menjual dan membeli barang kemas, jongkong dan koin emas dan perak.

Monday, August 30, 2010

EMAS BUKAN KOMODITI

Ini merupakan pemahaman penulis daripada pembacaan artikel yang ditulis oleh Julian D.W. Philips  di dalam http://goldnews.bullionvault.com.

Harga emas semasa krisis ekonomi dunia menonjol berbanding komoditi lain-lain…

Perbahasan bersambung sama ada permintaan untuk komoditi, tidak kira harganya, akan jatuh atau tidak, ditulis oleh Julian Philips dari Gold Forecaster.

Laporan mengatakan Kerajaan Cina akan memperlahankan ekonomi negaranya sehingga kehendak bekalan akan perlahan dan harga komoditi jatuh. Jika mereka berbuat begitu, adakah harga emas akan jatuh?

Bulan ini telah dilihat Kerajaan Cina melaporkan peningkatan sebanyaki 48% dalam operasi eksportnya pada bulan Mei.  Sebanyak peningkatan 32% dijangka, tetapi peningkatan ini merupakan kejutan.  Apabila penganalisis melihat kepada Cina, mereka tidak dapat membantu tetapi mengaitkan dengan aktiviti yang berlaku di sana, kepada struktur dunia membangun.  Tetapi, Cina sepenuhnya berbeza berbanding Barat.

Pertama, Kerajaan Cina mengawal ketat terhadap ekonomi di sana dan apa yang mereka mahu, berlaku secepat mungkin.  Kedua, Negara ini boleh memenuhi kehendak sendiri dan ekonomi yang membangun, di mana pembangunan infrastruktur yang pesat merupakan terbesar sejak Perang Dunia Kedua.

Negara Cina membangunkan infrastruktur permulaan untuk ¼ billion penduduknya, dua kali ganda populasi di Amerika Syarikat dan Eropah yang digabungkan.  Kehendak kepada bekalan boleh menghasilkan impak yang lebih pada polisi yang lembut untuk menahan ke perkembangan yang tenang dari 11% ke 8%.  Negara Cina sangat sedar yang dia akan memerlukan bekalan untuk dekad akan datang, dan mempunyai polisi bekalan yang menghasilkan aset luar negara untuk memenuhi keperluan pada jangka masa panjang.  Oleh itu, kita akan terkejut dengan peningkatan trend dalam komoditi akan terganggu dengan polisi ekonomi yang menurun.

Apa yang kita telah lihat ialah “street smart”, iaitu Negara Cina berlakon dalam pasaran dengan spekulasi yang menarik dan tidak membenarkan ia untuk meningkat sehingga harga yang mereka akan perlu bayar.  Sebaliknya, strategi menunggu apabila harga melambung dan menunggu untuk menarik balik dan kuantiti yang banyak serta mengesyorkan kepada penjual iaitu membayar dividen dalam bentuk merendahkan kos komoditi.  Ini, dijangka akan berterusan menjadi polisi mereka berkaitan dengan komoditi sekarang dan masa akan datang seterusnya.

TETAPI ADAKAH EMAS ITU KOMODITI?  Ini merupakan soalan sebenar dalam pasaran kini.  Melalui ini adakah kita bertanya sama ada emas merupakan subjek yang sama jenis dengan kehendak sebagai komoditi?  Jawapannya mudah saja … TIDAK! Pergerakan harga emas dekad yang lepas mempunyai pengaruh yang sedikit dengan kehendak barang kemas atau industri atau syiling peringatan.  Sebaliknya, sejak zaman berubah, para pelabur dan kebanyakkan bank utama lebih memilih emas sebagai aset simpanan yang sangat penting.

Komoditi kewangan utama akan mengesahkan emas merupakan pelaburan jangka masa panjang dan mereka tidak akan mencairkannya, tetapi menyimpan sebagai penyelamat apabila potensi berita buruk dijangka dari pasaran lain.  Semestinya, para pelabur ini percaya yang harga emas akan meningkat apabila pasaran lain merudum.

Di sebahagian Negara India, emas telah dijadikan sebagai keselamatan kewangan untuk keluarga mereka di sana.  Di Negara Cina juga sama.  Di Negara Cina, dengan pilihan pelaburan yang terhad dan komuniti pelaburan yang tidak rumit biasanya, emas merupakan penyelamat dan keperluan yang penting semasa kesusahan.  Oleh itu, TIDAK, EMAS BUKAN KOMODITI.

Adakah harga emas akan jatuh jika trend komoditi menunjukkan penurunan? Kita tidak perlu memberikan jawapan  yang berlandaskan emosi.  Kita perlu melihat semula semasa deflasi betul-betul terjadi, kejatuhan kredit pada pertengahan 2007 hingga akhir 2008.  Pada masa itu, ada pelabur yang kekayaan mereka berkurangan kerana kejatuhan nilai aset dan pasaran.  Ia bukan nilai dalam pelaburan mereka yang gagal, tetapi kebolehan mereka untuk menyimpan milik mereka yang telah gagal.  Seorang pemilik kilang jana kuasa meminjam melawan sebahagian milik dalam syarikatnya, untuk membeli saham yang memberikannya majoriti yang besar.  Apabila harga saham itu jatuh di bawah nilai pinjamannya, dia kehilangan kesemua sahamnya.

Dan apa terjadi kepada emas?  Ya, ia memang jatuh, pada mulanya, tetapi tidak banyak mana (20%), kerana pelabur lama akan bertukar dengan pelabur yang baru, disebabkan oleh kekhuatiran dan ketidakpastian daripada pasaran-pasaran lain.

Peningkatan dalam Pertukaran Perdagangan Emas ataupun “gold Exchanged Traded Funds” (gold ETFs) semasa hari-hari tersebut merupakan bukti kepada kebolehan emas untuk tidak berubah ataupun meningkat dalam deflasi dan kejatuhan ekonomi.  Harga emas menunjukkan nilainya sehingga sekarang, sebelum ia mula untuk bergerak ke atas dalam gelombang baru ketidakstabilan. Realitinya, emas mampu “hidup” dalam situasi paling teruk dan telah dilihat sebagai kekayaan yang paling selamat.

Ia merupakan kekhuatiran dan ketidakstabilan pasaran kewangan serantau yang menyebabkan harga emas meningkat kini.  Kepada sesiapa yang masih menyatakan yang harga emas meningkat dalam inflasi, ini merupakan pandangan yang tidak menghiraukan harga emas kini, di mana emas mempunyai faktor hampir kosong inflasi.  Kekhuatiran di Eropah, menjangkakan potensi matawang Euro untuk jatuh dan keperluan keselamatan kewangan yang lebih negara-negara di Selatan yang meningkatkan harga emas.

Oleh itu, TIDAK, kami tidak percaya harga emas akan jatuh walaupun jika harga komoditi lain jatuh.  Para pelabur emas perlu membuat kajian yang lebih mendalam berbanding kajian yang dilakukan sekarang, untuk melihat apa yang menyebabkan keinginan masyarakat dunia terhadap emas pada masa lampau.  Hari ini, faktor yang sama membuatkan emas sangat digemari seperti pada masa lampau. 

Artikel penuh dalam Bahasa Inggeris boleh dibaca di SINI.

(Segala kandungan artikel di atas merupakan pandangan Julian D.W. Philips yang merupakan dihormati tinggi di Goldforecaster.com – memulakan kariernya di pasaran kewangan pada tahun 1970, semasa dia meninggalkan Tentera British selepas berkhidmat sebagai pegawai di Unit “Light Infantry” di Malaya, Mauritius dan Belfast.  Artikel ini telah dialih ke Bahasa Melayu)

MENGAPA PENGURUS ASET AMERIKA SYARIKAT KHUATIR KERAJAAN MERAMPAS EMAS

Ini adalah ringkasan yang dialih bahasa melalui pembacaan artikel di http://goldnews.bullionvault.com.

Encik John Levin daripada HSBC di dalam konferen emas terbaru memberitahu mengenai beberapa Pengurus Aset Amerika Syarikat tertinggi khuatir mengenai kemungkinan kerajaan akan merampas emas. Dia menerangkan yang peti simpanan di Bank Amerika Syarikat mempunyai ruang yang cukup menyimpan emas mereka. Mereka tidak mahu menyimpan emas mereka di Bank Amerika Syarikat tetapi lebih cenderung menyimpan di Eropah kerana mereka khuatir pada satu masa nanti Pengurusan Emas Amerika Syarikat mungkin akan mengikut jalan yang telah ditentukan oleh Franklin D. Roosevelt pada 1933 dan merampas semua emas daripada pemegang emas di Amerika Syarikat sebagai salah satu strategi Negara dalam menentukan masalah ekonomi dunia.

SIAPA PENGURUS ASET INI?

Sebagai pemulaan, mereka adalah orang yang mempunyai kelayakan yang sangat baik dan memahami masuk dan keluar dalam pengurusan pelaburan. Pengetahuan seperti itu menjurus ke arah kewangan termasuk emas. Oleh itu kami mencadangkan yang pandangan mereka mempunyai nilai.

MENGAPA ROOSEVELT MERAMPAS EMAS PENDUDUK AMERIKA SYARIKAT PADA TAHUN 1933?

-Kerajaan Amerika Syarikat sedang berusaha untuk keluar dari kelompok “Depression” ataupun kejatuhan nilai.

-Pihak Simpanan Persekutuan (“The Federal Reserve”) telah menyedari bahawa wang Amerika Syarikat berkait rapat dengan emas yang mereka simpan. Pengeluaran wang perlu ditingkatkan.

-Hitler mendapat kuasa di Jerman. Potensi peperangan telah wujud.

-Nilai emas sebagai simpanan asset menyediakan kecairan (“liquidity”), apabila yang lain gagal sangat difahami.

-Kebolehan untuk meningkatkan pengeluaran wang yang disandarkan kepada emas, merupakan peluang yang perlu diambil.

Tetapi di mana Roosevelt perlu mendapatkan emas-emas yang diperlukan untuk meningkatkan pengeluaran wang yang mencukupi dan menyediakan wang yang diterima di antarabangsa semasa peperangan? Salah satu taktik peperangan yang diketahui selalunya termasuk menyatukan (“fprge”) wang musuh dan merendahkan ekonominya.

Oleh itu, setiap kelebihan ada di situ bagi merampas emas dan jika diperlukan, untuk menentunilai $ secara cepat bagi meningkat pengeluaran wang.

APABILA KEHENDAK NASIONAL MELAMPAUI KEHENDAK RAKYAT MEREKA

“Pejuang yang sebenar adalah seorang yang memberi segalanya kerana sebabnya”. (“A true patriot is one who commits you to his cause”). Begitulah dengan kerajaan. Perlukah kita melihat diri kita sebagai mempunyai pertalian dengan kerajaan kita, atau bolehkan kita membuat keputusan sendiri apabila kita tidak bersetuju dengan kerajaan. Setiap orang perlu menjawab soalan itu terhadap diri sendiri. Kebanyakkan akan merasakan jawapan perlu bersesuaian dengan situasi yang mengkehendakkan pemintaaan sebegitu. Kebanyakkannya juga akan menyokong kerajaan hampir sepanjang jalan, tetapi akan membantah apabila kekayaan peribadi mereka dirampas (di mana mereka telah membayar cukai kepada kerajaan). Inilah yang dirasakan oleh Pengurus Aset. Ini menunjukkan kepercayaan dan kebergantungan kepada kerajaan semakin dimamah usia. Ramai merasakan emas lebih mendapat permintaan.

Pada zaman Roosevelt’s, ia kelihatan berpatutan dan logik kepada hampir semua rakyat untuk merelakan kerajaan merampas emas mereka. Pada hari ini, dengan kebolehan memegang emas di mana saja di seluruh dunia, tindakan merampas emas mungkin tidak perlu atau adakah ia perlu? Lagipun, harga pasaran emas pada masa itu adalah $20, oleh itu kelihatan harga yang berpatutan. Itu harga untuk 2 tahun saja apabila Presiden Roosevelt memberi kuasa untuk menukar nilai Dolar pada 75% dan meningkatkan harga emas ke $35 per aun. Kemudian barulah ramai rakyat sedar.

DI MANA BOLEH KERAJAAN AMERIKA SYARIKAT MENDAPATKAN LEBIH BANYAK EMAS?

Emas yang sangat mudah didapati ialah di kalangan rakyat Amerika Syarikat sendiri. Untuk perkara ini, setiap rakyat Amerika Syarikat perlu mengesahkan semua hartanya setahun sekali kepada Pengutip Cukai. Oleh itu, rekod yang tepat di mana berapa banyak yang dimiliki, oleh siapa dan di mana dapat diperolehi. Cara untuk mengelak perkara ini adalah apabila memiliki Syiling Emas yang jarang dijumpai dimana ia akan keluar daripada bahagian Emas Biasa.

Ini adalah permulaan yang bagus. Kejatuhan nilai (“Depression”) merebak ke luar Amerika Syarikat dan masalah kewangan pada hari ini dilindungi oleh dunia yang sedang membangun. Jerman sedang meningkat pantas dan jelas menuju peperangan. Eropah dan United Kingdom tidak dapat dikalahkan dalam sesebuah peperangan.

Ia agak naïf jika kita fikir yang Eropah dn United Kingdom akan terpedaya dengan penukaran nilai matawang Dolar, sepertimana sejarah membawa kita untuk percaya. Tiada Negara lain menukar nilai dengan Dolar Amerika Syarikat. Mereka semua masih memegang nilai tukaran Dolar kepada pertukaran yang digunakan sebelum penukaran nilai. Ini memberikan mereka peluang. Beli emas di London pada harga purata $20 per aun dan jual ia di Amerika Syarikat pada harga $35 per aun dan mendapat keuntungan 75%. It tidak lama sebelum Amerika Syarikat memiliki kebanyakkan Emas Dunia, lebih 26,000 tan.

APAKAH PRINSIP YANG TELAH DIWUJUDKAN MELALUI PENGUMPULAN EMAS INI?

-Pertama sekali ialah kerajaan bukan saja percaya pada kelebihan seseorang untuk memiliki emas, tetapi juga kelebihan itu boleh ditarik balik pada bila-bila masa saja.

-Kedua ialah kerajaan akan bekerjasama dalam pengumpulan emas, apabila mereka percaya ia perlu.

-Ketiga ialah perampasan merupakan salah satu cara yang akan diikuti oleh satu atau lebih kerajaan bila ia dirasakan perlu kepada kehendak nasional.

Artikel dalam bahasa Inggeris boleh didapati di SINI.

Saturday, August 28, 2010

SEDIKIT PETUA BERGUNA DALAM PELABURAN EMAS

Melalui sejarah, emas telah menjadi sesuatu yang bernilai tinggi. Ia merupakan sesuatu logam yang unik dan digunakan oleh hampir kesemua tamadun manusia sebagai nilai wang, termasuk juga sebagai “penyimpan” nilai. Walaupun ia telah banyak kehilangan kepentingan sebagai suatu bentuk matawang, pelaburan emas masih menyediakan cara terbaik untuk melindungi kekayaan kita dan sebagai salah satu portfolio pelaburan yang penting.

Dalam beberapa tahun yang lepas, harga emas meningkat secara stabil. Hal ini merupakan peluang yang baik trend peningkatan ini akan berterusan untuk jangka masa yang panjang, membuatkan ia idea yang baik untuk meletakkan sebahagian wang ke dalam pelaburan emas sekarang. Juga, membeli emas merupakan jalan terbaik berbanding perlaburan yang lain. Disebabkan oleh ketidaktentuan dalam pasaran saham dan nilai Dollar US, ia merupakan idea yang baik untuk melaburkan 10-20% duit kita ke dalam pelaburan emas ini untuk melindungi kekayaan kita. Emas dan perak telah selalu dianggap sebagai antara pelaburan yang terbaik kerana ia selalunya mempunyai nilai yang stabil (disebabkan perubahan yang sangat kecil dalam pengeluaran).
Bagaimana hendak melabur dalam emas?

Sebelum anda membeli emas, ia adalah idea yang baik untuk mendapatkan bantuan daripada perunding pelaburan. Hal ini selalunya perlu sekiranya anda belum pernah melabur di dalam emas sebelum ini. Dia boleh membantu anda dalam menentukan langkah yang terbaik untuk diambil berdasarkan matlamat peribadi kewangan anda sendiri dan risiko yang mampu ditangani. Sekiranya anda telah mempunyai penasihat kewangan, beritahu dia yang anda ingin mengunakan emas sebagai salah satu portfolio anda. Sekiranya dia tidak mempunyai pengalaman yang cukup dalam pelaburan emas, anda mungkin perlu mencari seseorang yang mempunyai pengalaman yang cukup.

Sekiranya awak berminat dalam mencari keuntungan dalam pergerakan harga emas, membeli syiling emas merupakan pilihan terbaik. Pilihan terbaik adalah American Eagle, The Canadian Maple Leaf, The Britannia, dan The Australian Nugget. Anda boleh membeli syiling emas daripada peniaga syiling dan logam berharga, secara online dan offline.

Sebelum membuat pembelian syiling emas, selalu survey kesemua kedai yang menjual syiling emas untuk mendapatkan harga yang terbaik, ini disebabkan kenaikan harga syiling emas di antara satu peniaga ke peniaga yang lain adalah berbeza. Juga, pastikan peniaga emas yang anda membuat pembelian syiling emas itu mempunyai reputasi yang baik dalam perniagaan emas ini. Jika boleh, simpan syiling emas anda itu di dalam bekas asal yang disediakan dan lindungi ia daripada sebarang calar untuk memaksimumkan nilai jualan balik nanti.

Emas jongkong merupakan salah satu pilihan pelaburan emas yang anda ingin tahu. Jongkong yang kecil biasanya lebih mahal (per aun) berbanding jongkong yang besar tetapi selalunya lebih mudah untuk dijual. Secara amnya, jongkong mempunyai harga premium yang lebih tinggi berbanding syiling. Untuk syiling emas, hanya membeli dan membuka pertukaran dengan peniaga yang mempunyai reputasi yang baik saja.