Nasz Gold Trading adalah syarikat persendirian berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan Nombor Pendaftaran : IP0358780-T. Pemilik syarikat merupakan Agen Berdaftar di bawah Syarikat Goldcrest Pavilion Sdn Bhd. Kod Agen adalah AD2848.

Modul Perniagaan adalah menjual dan membeli barang kemas, jongkong dan koin emas dan perak.

Saturday, August 28, 2010

SEDIKIT PETUA BERGUNA DALAM PELABURAN EMAS

Melalui sejarah, emas telah menjadi sesuatu yang bernilai tinggi. Ia merupakan sesuatu logam yang unik dan digunakan oleh hampir kesemua tamadun manusia sebagai nilai wang, termasuk juga sebagai “penyimpan” nilai. Walaupun ia telah banyak kehilangan kepentingan sebagai suatu bentuk matawang, pelaburan emas masih menyediakan cara terbaik untuk melindungi kekayaan kita dan sebagai salah satu portfolio pelaburan yang penting.

Dalam beberapa tahun yang lepas, harga emas meningkat secara stabil. Hal ini merupakan peluang yang baik trend peningkatan ini akan berterusan untuk jangka masa yang panjang, membuatkan ia idea yang baik untuk meletakkan sebahagian wang ke dalam pelaburan emas sekarang. Juga, membeli emas merupakan jalan terbaik berbanding perlaburan yang lain. Disebabkan oleh ketidaktentuan dalam pasaran saham dan nilai Dollar US, ia merupakan idea yang baik untuk melaburkan 10-20% duit kita ke dalam pelaburan emas ini untuk melindungi kekayaan kita. Emas dan perak telah selalu dianggap sebagai antara pelaburan yang terbaik kerana ia selalunya mempunyai nilai yang stabil (disebabkan perubahan yang sangat kecil dalam pengeluaran).
Bagaimana hendak melabur dalam emas?

Sebelum anda membeli emas, ia adalah idea yang baik untuk mendapatkan bantuan daripada perunding pelaburan. Hal ini selalunya perlu sekiranya anda belum pernah melabur di dalam emas sebelum ini. Dia boleh membantu anda dalam menentukan langkah yang terbaik untuk diambil berdasarkan matlamat peribadi kewangan anda sendiri dan risiko yang mampu ditangani. Sekiranya anda telah mempunyai penasihat kewangan, beritahu dia yang anda ingin mengunakan emas sebagai salah satu portfolio anda. Sekiranya dia tidak mempunyai pengalaman yang cukup dalam pelaburan emas, anda mungkin perlu mencari seseorang yang mempunyai pengalaman yang cukup.

Sekiranya awak berminat dalam mencari keuntungan dalam pergerakan harga emas, membeli syiling emas merupakan pilihan terbaik. Pilihan terbaik adalah American Eagle, The Canadian Maple Leaf, The Britannia, dan The Australian Nugget. Anda boleh membeli syiling emas daripada peniaga syiling dan logam berharga, secara online dan offline.

Sebelum membuat pembelian syiling emas, selalu survey kesemua kedai yang menjual syiling emas untuk mendapatkan harga yang terbaik, ini disebabkan kenaikan harga syiling emas di antara satu peniaga ke peniaga yang lain adalah berbeza. Juga, pastikan peniaga emas yang anda membuat pembelian syiling emas itu mempunyai reputasi yang baik dalam perniagaan emas ini. Jika boleh, simpan syiling emas anda itu di dalam bekas asal yang disediakan dan lindungi ia daripada sebarang calar untuk memaksimumkan nilai jualan balik nanti.

Emas jongkong merupakan salah satu pilihan pelaburan emas yang anda ingin tahu. Jongkong yang kecil biasanya lebih mahal (per aun) berbanding jongkong yang besar tetapi selalunya lebih mudah untuk dijual. Secara amnya, jongkong mempunyai harga premium yang lebih tinggi berbanding syiling. Untuk syiling emas, hanya membeli dan membuka pertukaran dengan peniaga yang mempunyai reputasi yang baik saja.

No comments:

Post a Comment