Nasz Gold Trading adalah syarikat persendirian berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan Nombor Pendaftaran : IP0358780-T. Pemilik syarikat merupakan Agen Berdaftar di bawah Syarikat Goldcrest Pavilion Sdn Bhd. Kod Agen adalah AD2848.

Modul Perniagaan adalah menjual dan membeli barang kemas, jongkong dan koin emas dan perak.

Tuesday, November 22, 2011

UNITED OVERSEAS BANK (UOB) - GOLD INVESTMENT ACCOUNTS


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan emas semua.

Di sini saya nak berkongsi tentang pelaburan simpanan emas melalui buku akaun yang dikendalikan oleh United Overseas Bank (UOB). UOB ni popular dengan jualan syiling dan jongkong emas luar negara. Korang boleh tengok senarai syiling dan jongkong yang dijual oleh UOB ni kat SINI. Tapi, memang jarang ada stok. Kalau nak beli, kena call dulu tanya ada stok atau tidak. Kalau ada, boleh terus pergi ke UOB tersebut.

Tapi, kali ini saya nak share tentang satu Pelaburan Simpanan Emas melalui Buku Akaun yang ditawarkan oleh UOB. Antara semua bank yang menyediakan pelaburan sebegini iaitu Maybank, Public Bank, CIMB Bank, Kuwait Finance House dan lain-lain, spread antara harga jual dan beli pelaburan simpanan emas melalui buku akaun UOB adalah yang paling rendah.

Kat sini saya ada buat overview sikit mengenai Gold Investment Accounts by UOB ni. Terdapat 2 jenis akaun emas yang disediakan oleh UOB ni.

1. Premier Gold Account (PGA)

  • Minima Pelaburan Permulaan = 1kg
  • Minima Pelaburan Tambahan/Pengeluaran = dalam gandaan 1kg
  • Minima baki dalam akaun = 1kg
  • Yuran dan Bayaran = Yuran pentadbiran akan dikenakan sebanyak RM2.00 setiap bulan sekiranya baki dalam akaun jatuh di bawah 1kg pada akhir bulan.
  • Keperluan Untuk Buka Akaun = Untuk membuka PGA, pelabur perlu maintain sama ada akaun simpanan atau akaun semasa dalam RM untuk membuat bayaran bagi pembelian, penebusan dan pendebitan yuran dan bayaran lain.
2. Gold Savings Account (GSA)
  • Minima Pelaburan Permulaan = 20 gram
  • Minima Pelaburan Tambahan/Pengeluaran = dalam gandaan 5 gram
  • Minima baki dalam akaun = 10 gram
  • Yuran dan Bayaran = Yuran pentadbiran akan dikenakan sebanyak RM2.00 setiap bulan sekiranya baki dalam akaun jatuh di bawah 10 gram pada akhir bulan.
  • Keperluan Untuk Buka Akaun = Untuk membuka GSA, pelabur perlu maintain sama ada akaun simpanan atau akaun semasa dalam RM untuk membuat bayaran bagi pembelian, penebusan dan pendebitan yuran dan bayaran lain.

Spread GIA UOB adalah yang paling rendah saya pernah jumpa di Malaysia. Tengok screen shot kat bawah untuk tentukan spread GIA UOB mengikut akaun.


Untuk PGA, spread adalah sebanyak RM1000 dan spread untuk GSA adalah sebanyak RM2.00. Kalau dibandingkan dengan bank-bank lain, UOB saja yang bagi spread paling rendah. Kalau tak percaya, korang boleh check sendiri.

Cuma bagi nak mula buka akaun emas di UOB ni, modal minima kena ada adalah 20 gram. Bagi sesetengah pelabur baru, jumlah ini agak besar. So, kalau nak mulakan dengan 1 gram, boleh mulakan Akaun Emas di Maybank tapi spreadnya hampir RM7.00+.

Korang nak tahu lebih lanjut, korang oleh ke website UOB ni (Klik SINI) dan dapatkan maklumat mengenai pelaburan simpanan emas ni kalau berminat.

"Simpan Emas Untuk Masa Depan, Jangan Menyesal Di Kemudian Hari"

p/s : Sesiapa nak copy, silakan. Harap dapat berikan kredit ke blog ni. Terima kasih.

Wassalam.