Ini merupakan pemahaman penulis daripada pembacaan artikel yang ditulis oleh Julian D.W. Philips di dalam http://goldnews.bullionvault.com.
Harga emas semasa krisis ekonomi dunia menonjol berbanding komoditi lain-lain…
Perbahasan bersambung sama ada permintaan untuk komoditi, tidak kira harganya, akan jatuh atau tidak, ditulis oleh Julian Philips dari Gold Forecaster.
Laporan mengatakan Kerajaan Cina akan memperlahankan ekonomi negaranya sehingga kehendak bekalan akan perlahan dan harga komoditi jatuh. Jika mereka berbuat begitu, adakah harga emas akan jatuh?
Bulan ini telah dilihat Kerajaan Cina melaporkan peningkatan sebanyaki 48% dalam operasi eksportnya pada bulan Mei. Sebanyak peningkatan 32% dijangka, tetapi peningkatan ini merupakan kejutan. Apabila penganalisis melihat kepada Cina, mereka tidak dapat membantu tetapi mengaitkan dengan aktiviti yang berlaku di sana, kepada struktur dunia membangun. Tetapi, Cina sepenuhnya berbeza berbanding Barat.
Pertama, Kerajaan Cina mengawal ketat terhadap ekonomi di sana dan apa yang mereka mahu, berlaku secepat mungkin. Kedua, Negara ini boleh memenuhi kehendak sendiri dan ekonomi yang membangun, di mana pembangunan infrastruktur yang pesat merupakan terbesar sejak Perang Dunia Kedua.
Negara Cina membangunkan infrastruktur permulaan untuk ¼ billion penduduknya, dua kali ganda populasi di Amerika Syarikat dan Eropah yang digabungkan. Kehendak kepada bekalan boleh menghasilkan impak yang lebih pada polisi yang lembut untuk menahan ke perkembangan yang tenang dari 11% ke 8%. Negara Cina sangat sedar yang dia akan memerlukan bekalan untuk dekad akan datang, dan mempunyai polisi bekalan yang menghasilkan aset luar negara untuk memenuhi keperluan pada jangka masa panjang. Oleh itu, kita akan terkejut dengan peningkatan trend dalam komoditi akan terganggu dengan polisi ekonomi yang menurun.
Apa yang kita telah lihat ialah “street smart”, iaitu Negara Cina berlakon dalam pasaran dengan spekulasi yang menarik dan tidak membenarkan ia untuk meningkat sehingga harga yang mereka akan perlu bayar. Sebaliknya, strategi menunggu apabila harga melambung dan menunggu untuk menarik balik dan kuantiti yang banyak serta mengesyorkan kepada penjual iaitu membayar dividen dalam bentuk merendahkan kos komoditi. Ini, dijangka akan berterusan menjadi polisi mereka berkaitan dengan komoditi sekarang dan masa akan datang seterusnya.
TETAPI ADAKAH EMAS ITU KOMODITI? Ini merupakan soalan sebenar dalam pasaran kini. Melalui ini adakah kita bertanya sama ada emas merupakan subjek yang sama jenis dengan kehendak sebagai komoditi? Jawapannya mudah saja … TIDAK! Pergerakan harga emas dekad yang lepas mempunyai pengaruh yang sedikit dengan kehendak barang kemas atau industri atau syiling peringatan. Sebaliknya, sejak zaman berubah, para pelabur dan kebanyakkan bank utama lebih memilih emas sebagai aset simpanan yang sangat penting.
Komoditi kewangan utama akan mengesahkan emas merupakan pelaburan jangka masa panjang dan mereka tidak akan mencairkannya, tetapi menyimpan sebagai penyelamat apabila potensi berita buruk dijangka dari pasaran lain. Semestinya, para pelabur ini percaya yang harga emas akan meningkat apabila pasaran lain merudum.
Di sebahagian Negara India, emas telah dijadikan sebagai keselamatan kewangan untuk keluarga mereka di sana. Di Negara Cina juga sama. Di Negara Cina, dengan pilihan pelaburan yang terhad dan komuniti pelaburan yang tidak rumit biasanya, emas merupakan penyelamat dan keperluan yang penting semasa kesusahan. Oleh itu, TIDAK, EMAS BUKAN KOMODITI.
Adakah harga emas akan jatuh jika trend komoditi menunjukkan penurunan? Kita tidak perlu memberikan jawapan yang berlandaskan emosi. Kita perlu melihat semula semasa deflasi betul-betul terjadi, kejatuhan kredit pada pertengahan 2007 hingga akhir 2008. Pada masa itu, ada pelabur yang kekayaan mereka berkurangan kerana kejatuhan nilai aset dan pasaran. Ia bukan nilai dalam pelaburan mereka yang gagal, tetapi kebolehan mereka untuk menyimpan milik mereka yang telah gagal. Seorang pemilik kilang jana kuasa meminjam melawan sebahagian milik dalam syarikatnya, untuk membeli saham yang memberikannya majoriti yang besar. Apabila harga saham itu jatuh di bawah nilai pinjamannya, dia kehilangan kesemua sahamnya.
Dan apa terjadi kepada emas? Ya, ia memang jatuh, pada mulanya, tetapi tidak banyak mana (20%), kerana pelabur lama akan bertukar dengan pelabur yang baru, disebabkan oleh kekhuatiran dan ketidakpastian daripada pasaran-pasaran lain.
Peningkatan dalam Pertukaran Perdagangan Emas ataupun “gold Exchanged Traded Funds” (gold ETFs) semasa hari-hari tersebut merupakan bukti kepada kebolehan emas untuk tidak berubah ataupun meningkat dalam deflasi dan kejatuhan ekonomi. Harga emas menunjukkan nilainya sehingga sekarang, sebelum ia mula untuk bergerak ke atas dalam gelombang baru ketidakstabilan. Realitinya, emas mampu “hidup” dalam situasi paling teruk dan telah dilihat sebagai kekayaan yang paling selamat.
Ia merupakan kekhuatiran dan ketidakstabilan pasaran kewangan serantau yang menyebabkan harga emas meningkat kini. Kepada sesiapa yang masih menyatakan yang harga emas meningkat dalam inflasi, ini merupakan pandangan yang tidak menghiraukan harga emas kini, di mana emas mempunyai faktor hampir kosong inflasi. Kekhuatiran di Eropah, menjangkakan potensi matawang Euro untuk jatuh dan keperluan keselamatan kewangan yang lebih negara-negara di Selatan yang meningkatkan harga emas.
Oleh itu, TIDAK, kami tidak percaya harga emas akan jatuh walaupun jika harga komoditi lain jatuh. Para pelabur emas perlu membuat kajian yang lebih mendalam berbanding kajian yang dilakukan sekarang, untuk melihat apa yang menyebabkan keinginan masyarakat dunia terhadap emas pada masa lampau. Hari ini, faktor yang sama membuatkan emas sangat digemari seperti pada masa lampau.
Artikel penuh dalam Bahasa Inggeris boleh dibaca di SINI.
(Segala kandungan artikel di atas merupakan pandangan Julian D.W. Philips yang merupakan dihormati tinggi di Goldforecaster.com – memulakan kariernya di pasaran kewangan pada tahun 1970, semasa dia meninggalkan Tentera British selepas berkhidmat sebagai pegawai di Unit “Light Infantry” di Malaya, Mauritius dan Belfast. Artikel ini telah dialih ke Bahasa Melayu)
No comments:
Post a Comment